Minggu, 05 Juli 2015

SISTEM SOSIAL MELAYU / Mairita fitri / makalah



SISTEM SOSIAL MELAYU

Oleh: Hani Apri Miga dan Yulfiani
  1. Pendahuluan
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelumnya kemunculan dan perkembangan tamadun manusia terjadi secara bertahap mengikuti fase kemajuan yang dialami oleh manusia itu sendiri. Selanjutnya untuk mengetahui ciri-ciri tamadun yang berkembang di masyarakat tidak terlepas dari adanya bukti nyata yang ada di tengah kehidupan masyarakat. Bukti nyatayang dimaksud adalah perubahan yang terjadi dalam kehidupan masyarakat dari yang tidak ada menjadi ada, dar yang sedikit menjadi banyak, dari kelompok kecil menjadi kelompok besar.
Untuk mengetahui ciri-ciri tamadun Melayu, maka hal-hal yang berkaitan dengan ciri-ciri sebuah tamadun yang ada masyarakat perlu diketahui terlebih dahulu. Berkaitan dengan hal tersebut, maka tamadun Melayu secara bertahap telah mengalami perubahan berdasarkan yang mempengaruhinya mulai dari animisme-dinamisme kemudian Hindu-Budha. Masing-masing zaman tersebut akan melahirkan pula tamadun yang sesuai dengan apa yang mempengaruhinya.[1] Adapun bentuk dan ciri-ciri tamadun Melayu secara umum dapat dilihat dari tempat tinggal, pusat keramaian, pemerintahan, organi maka tamadun Melayu sasi sosial dan lain-lain.

1.      Organisasi Sosial Kemasyarakatan
Salah satu ciri masyarakat yang bertamadun adalah adanya stratifikasi sosial. Organisasi sosial yang dimaksud berdasarkan pembagian anggota  kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbedaan dari segi kekuasaan, kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dan sebagainya. Hal ini sesuai dengan pandangan Turmin yang mengatakan bahwa organisasi sosial adalah penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeda dari segi kekuasaan, harta,penilaian sosial dan kepauasan rohani.
Masyarakat Melayu hidup berkelompok-kelompok berdasarkan keakrabatan dan kekeluargaan. Dengan demikian, terdapat sistem sosial yang berdasarkan asas kekeluargan sehingga apabila terjadi suatu pekerjaan besar seperti helat, pesta dan keramaian, maka masyarakat akan melakukannya dengan suka rela tanpa ada gaji atau upah. Masyarakat Melayu bergotong royong bersama-sama dalam menghadapi pekerjaan-pekerjaan sosial kemasyarakatan.

  1. Sistem kekeluargaan dan perkawinan
Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:
  1. Menerapkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral)
  2. Menerapkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal), yang digunakan oleh orang Minangkabau Malaysia.
Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.
Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk perkawinan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah di sebagian tempat diutamakan. Perkawinan campur juga ada. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam (Mazhab Syafi'i). [2]
  1. Identiti Masyarakat Melayu
Sebagai individu setiap orang mempunyai identiti sendiri yang membedakan dirinya daripada individu-individu lain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina image atau identiti diri dengan berbagai cara berasaskan kemampuan masing-masing. Pengenalan diri yang berasaskan identiti boleh diteliti kepada pakaian, gaya perlakuan, suaranya, cara berjalan, dan berbagai perkara.
Masyarakat membina identiti berasaskan berbagai-bagai aspek kehidupan, termasuk aspek sosial dan budaya. Dengan berbagai-bagai aspek kehidupan itu secara keseluruhan dalam konteks yang lebih luas masyarakat itu membina identiti.Antara aspek atau sistem yang memberikan sumbangan kepada pembinaan identiti itu adalah seperti:
1.      Kekeluargaan dan perkawinan – termasuk dalam menyusur galur keturunan.
2.      Sistem sosial – struktur sosial, meliputi aspek hiraki sosial, status sosial – tradisi dan moden.
3.      Sistem kepimpinan dan politik – kedudukan pemimpin.
4.      Agama dan kepercayaan – termasuk simbol/lambang yang berkaitan seperti masjid.
5.      Sistem ekonomi – termasuk demografi. Kegiatan cari makan, budaya kerja dan sebagainya. Penempatan kampung – bandar.
6.      Simbol status/kelas sosial. Kekayaan, kekuasaan.
7.      Pakaian, makanan.
Berasaskan identiti budaya pula termasuklah nilai dan norma sosial, adat, dan seumpamanya, atau dalam konteks visual dan bukan kebendaan.Melihat kepada perkara-perkara yang diterangkan di atas itu, identiti masyarakat dan budaya itu meliputi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat.

Pandangan Orang Luar tentang Orang Melayu
Isabella Bird, (The Golden Chersonese, Oxford University Press) seorang pengembara Inggeris telah menceritakan tentang orang Melayu Perak semasa beliau melawat negeri itu pada abad ke 19. Beliau menerangkan orang Melayu tinggal di kampung menumpukan kepada pekerjaan bertani dan menangkap ikan. Mereka tidak suka tinggal di bandar. Rumah dan perkampungan mereka di tepi hutan dan di tepi sungai. Mereka suka kebebasan untuk bergerak. Rumah mereka dibina agak berjauhan antara satu dengan yang lain. Rumah dibina di atas tiang, dinding rumah diperbuat dari kayu yang telah diketam, bumbung rumah dari daun nipah yang disirat. Bumbung rumah agak tinggi dan curam. Rumah orang miskin dan orang kaya tidak jauh berbeda, kecuali tangga rumah orang miskin dibina dari kayu dan rumah orang kaya dari batu. Rumah mereka tidak banyak ruang, didapati ruang tamu juga digunakan sebagai tempat tidur. Dalam rumah tidak banyak perabot. Tikar digunakan sebagai tempat duduk. Lantai rumah pula dipasang renggang supaya udara dapat beredar ke dalam rumah dan sampah dan sisa makanan boleh disapu ke bawah rumah tuntuk dimakan oleh ayam. Pada waktu malam nyamuk di keliling dapat dihalau dengan memasang unggun api di bawah rumah.
 Seterusnya Bird juga menerangkan lelaki Melayu bersifat pendiam, cemburu, curiga dan pembelot. Perempuan pula berbadan kecil, pembersih dan bergiat dalam aktiviti ekonomi seperti menganyam tikar dan bakul. Pakaian mereka dari sutera atau kain kapas yang menutup bahagian lutut hingga leher. Rupa paras Melayu berkulit sawo matang, kening mereka rendah, tulang pipi tinggi, hidung leper, mulut lebar dengan bibir tebal. Rambut hitam berkilat dan rambut perempuan pula disiput.
Perempuan Melayu dikatakan malas bekerja, hasil jualan tikar dan buahan mereka membeli kain baju. Perempuan suka memakai sarung berwarna merah dan berjalur-jalur. Baju kebaya dikenakan kerongsang yang diperbuat dari perak, emas atau permata. Sanggul rambut atau siput rambut disematkan pin sanggul. Kain yang dipakai perempuan diikat dengan tali pinggang yang diperbuat dari perak atau emas bertatahkan permata. Bagi lelaki pula memakai sarung dan baju Melayu dan di kepala mereka memakai destar.
Undang-undang mereka adalah berteraskan undang-undang Islam. Bird juga memetik pendapat seorang pegawai Inggeris yang bernama Capt. Shaw, yang menyatakan orang Melayu itu lembut, halus, lurus dan peramah, serta mementingkan harga diri. Mereka sensitif dan sanggup membunuh untuk menjaga dan mempertahankan harga diri dan keluarga. Mereka beragama Islam dan cita-cita utama mereka ialah untuk menunaikan haji ke Mekah. Ada di kalangan mereka yang telah ke Mekah beberapa kali. Di sekeliling rumah ditanam dengan pokok buahan seperti nangka, durian, sukun, mangga, pisang dan lain-lain. Mereka menghabiskan masa dengan mendengar muzik, cerita atau mengadakan ritual keagamaan. Setiap masjid ada kariahnya dan setiap kariah terdapat 44 buah rumah. Kalau ada kampung yang hendak membina masjidnya sendiri mesti ada 44 buah rumah. Hal-hal ugama diserahkan kepada Imam yang juga melaksanakan tugas-tugas berkaitan perkahwinan dan kematian. Kenduri sering diadakan seperti pada masa kelahiran, memotong jambul, perkhatanan dan perkahwinan. Dan pada waktu kenduri ini lazimnya disembelih kerbau.
Dari segi kepercayaan, orang Melayu amat percaya kepada hantu, pawang, bomoh dan tanda-tanda baik-buruk. Sebagai contoh, orang Melayu percaya adanya hantu, harimau jadi-jadian dan sebagainya. Orang Melayu juga percaya kepada keujudan pelesit, polong dan lain-lain. Burung pungguk dikatakan burung hantu. Penanggalan pula dalam bentuk wanita, kepalanya boleh ditanggalkan dan meninggalkan badan untuk pergi mencari darah perempuan yang baru bersalin. Orang Melayu juga percaya kesan azimat yang dipakai pada badan mereka. Bagi Bird, yang paling penting untuk menjelaskan identiti orang Melayu ialah keris dan konsep amuk. Keris dilihat sebagai senjata dan simbol diri atau kejantanan lelaki Melayu. Amuk juga dikaitkan dengan hargadiri. Orang mengamuk sekiranya harga dirinya dicemuh atau diperendahkan, ataupun dirinya dan keluarganya diaibkan. Mereka mengamuk kerana pandangan mereka menjadi gelap dan tidak tahan menanggung malu dan celaan tersebut.[3]




[1]Ellya Roza, Islam dan Tamadun Melayu, Pekanbaru : Daulat Riau, 2013, hal.92-93.
[2]http://id.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_Melayu_di_Malaysia
[3]http://identiti_ Masyarakat_Melayu: Mendaulatkan _Martabat_bangsa

Tidak ada komentar:

Posting Komentar